Sunday, April 9, 2017

RENUNGAN BUAT SI KECIL

RENUNGKAN ABOUT STORY

Anak bertanya.....

Anak : Mama, kita orang susah ka, orang senang?
Mama : Ish... tak tahu mama nak jawab.
Anak : Alahhh... bagitahulah kita ni orang susah ka, orang senang?
Mama : Agak-agak adik kita senang ka, susah?
Anak : Ermmmm.... kita ada kereta, kita ada duit. Kita orang senang la mama.
Mama : Salah tu.
Anak : Takkan kita orang susah kot?
Mama : Orang senang tu maksudnya dia senang nak berzikir kepada Allah. Walaupun dia miskin, sibuk, sakit dia tetap sebut nama Allah, istighfar, tahmid, tasbih. Senang sebab guna mulut saja dan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Orang susah tu maksudnya dia susah nak berzikir kepada Allah walaupun dia ada banyak harta, ada banyak masa dan sentiasa sihat. Allah bagi macam-macam nikmat dan kesenangan tapi susah sungguh mulut nak sebut-sebut nama Allah. Itulah orang susah.
Anak : Ooooo..... macam tu.
Mama : Adik jadilah orang senang. Lagi banyak kita senang nak ingat dan sebut nama Allah lagi banyak Allah bagi kesenangan macam-macam.
Adik nak jadi orang senang ka, orang susah?
Anak : Adik nak jadi orang senang.
Mama : Ya betul. Jadilah orang senang sebab bukan susah nak jadi Orang Senang.

Terima kasih membaca.... jgn share tapi copy dan paste dalam wall masing-masing untuk sama-sama kita ingat kepada Allah dan mengingatkan kawan-kawan yang lain.
Semoga usaha kita mendapat redha Allah.
Kita semua boleh jadi Orang Senang.

#founderzusins
#snackbawangmeletop

No comments:

Post a Comment

Di sinilah Bermula perniagaan

Di sinilah kisah seorang peniaga Online dari rumah, office sekankang kera shj org cakap, yang dipenuhi kotak2 product Snack Zusins. Agak2 te...